Tuesday, 15 May 2012

Kereta Terbang Pertama Dunia

SEJARAH PERKEMBANGAN SEKTOR  AUTOMOTIF ( KERETA )


  • Teknologi automotif adalah teknologi yang berkaitan dengan kenderaan bermotor dan salah satu daripadanya ialah pembuatan kereta atau automobil
  • Ada catatan menunjukkan bahawa rancangan untuk mereka kenderaan telah dimulakan oleh Leonardo de Vino dan Isaas Newton.
  • Pada tahun 1769, seorang mekanik dan jurutera Perancis Nicolas Joseph menghasilkan rekaan kenderaan pertama menggunakan sejenis kipas.
  • Beliau berjaya menghasilkan kenderaan tiga roda kuasa wap bertekanan tinggi yang mampu membawa 1800 liter air dengan kelajuan 3 km sejam.

Kereta Terbang Pertama Dunia


Ia mampu terbang pada ketinggian 1,400 kaki atau 426 meter selama lapan minit. Jet komersial biasa mampu terbang sehingga 35,000 kaki.




  • Kenderaan itu yang dinamakan Transition memiliki dua tempat duduk, empat tayar dan sayap yang boleh dilipat. Transition dijual pada harga AS$279,000 (RM850,952).
  • Kenderaan tersebut turut memerlukan landasan untuk terbang.
  • Ketika ini, kereta itu menjalani satu siri ujian kemalangan bagi memastikan ia memenuhi piawaian keselamatan AS.


Kereta Terbang Pertama Dunia, Terrafugia's Transition dilaporkan telah berjaya dalam ujian penerbangan sulungnya. Penerbangan yang hanya memakan masa lapan minit itu disifatkan satu titik tolak dalam industri aeronautik.

Terrafugia's Transition sebenarnya merupakan gabungan hibrid kereta dengan kapal terbang. Matlamat utama penciptanya ialah membina kereta yang boleh terbang dan mendarat seperti kapal terbang biasa. Dalam masa yang sama, ia boleh dipandu seperti kereta biasa dan disimpan di garaj rumah pada waktu malam.
Lebih menarik lagi, sayap kereta terbang ini boleh dilipat bagi memudahkan pemanduan di atas jalan raya. Ia boleh ditempatkan di kawasan garaj rumah seperti kereta lain. Kereta ini juga memerlukan landasan kecil untuk terbang.




Kereta terbang pertama akhirnya berjaya dihasilkan oleh Terrafugia company di Massachusetts, USA. Ia diberi nama Terrafugia Transition atau The Transition. The Cang udara tempat duduk  Terrafugia Transition yang bernilai 155, 000 pound ( RM 752, 021) boleh terbang dengan  kelajuan maksimum 184 kilometer sejam. Kenderaan ini perlu menjalani 20 jam ujian penerbangan dan setiap kali butang pendaratan ditekan, sayapnya akan tertutup secara automatik dalam masa 15 saat.


Kereta terbang ini mula dicipta pada tahun 2009. Setakat ini kereta itu telah lulus ujian kemalangan dan dibenarkan untuk digunakan di atas jalan raya biasa yang dikeluarkan oleh The National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA). Selain itu, kerajaan Amerika Syarikat telah memberikan syarikat Terrafugia kebenaran untuk menggunakan tayar khas dan kaca yang lebih ringan daripada kereta biasa. Bagaimanpun ia kini di peringkat akhir dalam ujian hentaman kemalangan untuk memastikan ia memenuhi standard keselamatan yang telah ditetapkan.

INOVASI TEKNOLOGI AUTOMOTIF