Ia mampu terbang pada ketinggian 1,400 kaki atau 426 meter selama lapan minit. Jet komersial biasa mampu terbang sehingga 35,000 kaki.
- Kenderaan itu yang dinamakan Transition memiliki dua tempat duduk, empat tayar dan sayap yang boleh dilipat. Transition dijual pada harga AS$279,000 (RM850,952).
- Kenderaan tersebut turut memerlukan landasan untuk terbang.
- Ketika ini, kereta itu menjalani satu siri ujian kemalangan bagi memastikan ia memenuhi piawaian keselamatan AS.
Kereta Terbang Pertama Dunia, Terrafugia's Transition dilaporkan telah berjaya dalam ujian penerbangan sulungnya. Penerbangan yang hanya memakan masa lapan minit itu disifatkan satu titik tolak dalam industri aeronautik.
Terrafugia's Transition sebenarnya merupakan gabungan hibrid kereta dengan kapal terbang. Matlamat utama penciptanya ialah membina kereta yang boleh terbang dan mendarat seperti kapal terbang biasa. Dalam masa yang sama, ia boleh dipandu seperti kereta biasa dan disimpan di garaj rumah pada waktu malam.
Lebih menarik lagi, sayap kereta terbang ini boleh dilipat bagi memudahkan pemanduan di atas jalan raya. Ia boleh ditempatkan di kawasan garaj rumah seperti kereta lain. Kereta ini juga memerlukan landasan kecil untuk terbang.
Kereta terbang ini mula dicipta pada tahun 2009. Setakat ini kereta itu telah lulus ujian kemalangan dan dibenarkan untuk digunakan di atas jalan raya biasa yang dikeluarkan oleh The National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA). Selain itu, kerajaan Amerika Syarikat telah memberikan syarikat Terrafugia kebenaran untuk menggunakan tayar khas dan kaca yang lebih ringan daripada kereta biasa. Bagaimanpun ia kini di peringkat akhir dalam ujian hentaman kemalangan untuk memastikan ia memenuhi standard keselamatan yang telah ditetapkan.
No comments:
Post a Comment